Sunday, May 3, 2009

Skincare

Ok, topik baru kali ni, mengenai skincare. Lets..



Clean & Clear


Product ni aku pakai masa umur 19-20. Johnson and Johnson ada buat mini packaging utk tiga2 barang ni, harga nya if tak silap kurang dari RM10.00. Setiap satu barang tahan lebih kurang 4 bulan, bergantung pada frekuensi pemakaian. Dan iniler saja barang yg aku mampu beli dan pakai utk keperluan sehari-hari.

To be frank, barang clean and clear ni sebenarnya agak "keras" dan "kasar". Barang ni memang targeted utk teenager sebab kulit meka masih anjal dan boleh terima sebarang jenis produk tak kira apa jenis. Semakin matang usia, kulit semakin menipis. Cuba pakai barang ni kalau umur dah 25 ke atas? Dijamin mcm ko sapu clorox kat muka. Facial cleanser dan moisturizer nye ok, tapi toner dia totally KO. Too much alcohol. Same goes to neutrogena range, they are from the same parent company - 1 star.




The Body Shop - Tea Tree Range

Range ni pun aku dah pernah try. Mula2 memang ok sangat, segala jerawat aku kecut and hilang sikit demi sikit. Tapi selepas setahun setengah kulit aku jadi mengering pulak. Rupa2nya barang body shop ni memang tak boleh pakai lama2 sebab memang akan ada SIDE EFFECT. Ops ni bukan aku yg saja2 buat cerita, ni sale assistant Body Shop sendiri cerita selepas ditanya. To cut my long story short, sebenarnya range Body Shop ni serupa je dengan clean & clear, agak kasar dan keras terutama toner nya - 2 stars.



The Body Shop - Seaweed Range

Another product from The Body Shop. Yg ni aku pakai selepas dinasihatkan oleh Sales Assistant The Body Shop after aku pakai Tea Tree tu. Range ni boleh tahan sebab tak terlalu keras. Bau dia pun sedap and nyaman - 3 stars.


Cetaphil Daily Cleansers

Produk ni memang bagus. Aku recommend semua org utk cuba sebab dia 2 in 1 - boleh jadi make up remover as well as daily cleansers. Hanya ada kat Guardian and Vitacare, kat Watsons memang tak ada - 5 stars.




Aesop Primrose Facial Cleansing Masque

This masque is yummy!.. Bau dia sedap tapi kuat sikit, berasaskan tanah liat. Masker ni bagus utk org kulit berminyak dan ada masalah pori2 terbuka, but its not advisable for those yg berkulit kering atau sensitif. Ada 2 sizes, 60ml for RM115 dan 120ml for RM159 - 4 stars.



Sekisei/Seikisho Kose Range

Ni satu lagi range yg menarik dan disarankan utk dicuba. Sekarang ni kulit aku dah mula jadi sensitif , apart of being oily on the T zone. Cleanser dia ok, dalam bentuk serbuk dan senang nak bawak utk travel. Toner dia pun tak kasar sangat. In fact toner dia buleh jugak jadik masker (dipakai bersama topeng kertas yg perlu dibeli berasingan). Biggest hit of this range ialah mask white nya yg didakwa boleh keluarkan whitehead dan blackhead. Mcm2 ala ala pore pack tapi tak kuat sangat. Price ranging from RM55-RM360 - 4 stars

Bedak Kulit Rambai


1st entry je dah citer pasal bedak rambai. BTW, blog aku ni akan mengkhusus cerita2 pasal kecantikan antaranya - barang2, tips dan sebagainya. Untuk dikongsi bersama, kalau ada tips2 lain adalah dialu-alukan.

Hari ni aku mula balik pakai bedak rambai ni lepas bertahun tak guna. Semalam masa singgah kat Giant KJ, aku lalu kat depan kedai jual barang2 kosmetik tempatan and seberang, asalnya nak carik minyak urut afiat. Lepas tu nampak bedak ni , aku terfikir nak beli. Peketnya dah mengecik, dulu kalau tak salah besar sikit. Ada 2 pek dalam satu kotak, RM3. Satu pek tu boleh tahan utk 2 kali pakai. Hmm...oh ye..bedak kulit rambai yg aku pakai, bukan yg mcm imej ni. Aku pakai yg kaler hijau kuning.

Pertama kali aku pakai bedak ni masa zaman matriks. Kawan sebilik aku yg introduce. Budak baru habis SPM yg tak reti bab2 cantik mcm aku ni, agak skeptikal sikit la time tu. Tapi aku tetap cuba. Hasilnya ..perghh...memang kulit rasa lebih gebu lepas mandi. Lama jugak la aku pakai sampai habis belajar kat Gombak. Selain murah (RM1.80 sebungkus masa tu), scrub ni paling senang nak dapat. Tak payah keluar gi OTK, CM or mydin sebab kat ko-op Hafsa pun ada.

Bila aku start keje, rasa gatal nak try jenama2 lain pulak. Yg paling mahal scrub aku pernah cuba cuma dari The Body Shop, tak sampai RM50.00. Aku tak invest sangat kat scrub badan lain mcm crabtree and evelyn, loccitane, aesop dll sebab aku rasa hasilnya tak jauh beza pun.

Ok , back to bedak rambai. Yg bagusnya bedak ni dibuat dari bahan2 semulajadi. Dan memang bedak rambai ni ada kesan yg baik pada parut2 lama dan baru. Cuma setback nya kena sabar dan perlu selalu gonyoh bedak ni kat tempat2 bermasalah baru la nampak hasil. Bagus jugak pakai kat muka utk hilangkan blackhead and whitehead, tapi kena pelan2. Selama ni aku memang ada masalah blackhead yg susah nak tanggal dgn scrub muka biasa.

Tapi aku belum pernah lagi cuba pakai bedak ni satu badan and biarkan sehari semalam pastu dicuci esoknya. Rasanya mesti messy habis, tapi kalau tengok instructions dalam pek ni kata, kesannya lagi umpph.

Bertemu lagi nanti kat entry seterusnya.